Sabtu, 16 Mei 2009

TERNAKAN AYAM KAMPUNG






Assalamualaikum w.b.t.
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan sosio-ekonomi masyarakat di dalam bidang pertanian dan penternakan, maka Encik Asmadi Bin Husain telah menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai AMS Maju Agro Enterprise di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Perniagaan ini beroperasi sebagai pusat penternakan, pembesaran dan pengeluaran hasil ternakan ayam kampung di tanah seluas satu ekar yang terletak di Dusun Tua, Kampung Paya Seberang (kawasan pertanian dan penternakan), Hulu Langat, Selangor.
Hari ini pengeluaran Ayam Kampung menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial kerana pelaburan yang tinggi dan penggunaan teknologi moden. Pemilihan baka Ayam Kampung yang baik juga menyumbang kepada kejayaan projek ini. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada ayam kampung semakin meningkat dari masa ke semasa terutamanya pada musim perayaan. Oleh itu, pengusaha akan melaksanakan langkah proaktif untuk memesatkan kegiatan ekonomi penternakan ayam kampung. Faktor utama pemilihan projek ternakan ini adalah disebabkan oleh :-
a) Dikenali ramai dan permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan;

b) Tempoh ternakan yang singkat iaitu selama 45 hingga 60 hari ( 1 ½ - 2 bulan) dan boleh diusahakan secara berperingkat.

c) Bekalan anak ayam kampung mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan;

d) Memerlukan kawasan penternakan yang kecil.

e) Makanan ayam kampung mudah didapati dalam bentuk dedak, beras hancur atau sisa makanan.

f) Sukar mendapat penyakit kerana telah diberi suntikan pencegahan penyakit sejak berumur 1 hari.

Profil Syarikat

Nama Syarikat : AMS Maju Agro Enterprise
No. Pendaftaran : 001857231-W
Tarikh Pendaftaran : 22 April 2009
Tarikh Tamat Tempoh : 22 April 2010
Bentuk Perniagaan : Pemilikan Tunggal
Jenis Perniagaan : Memelihara Haiwan Ternakan dan Menjual Hasil
Ternakan.
Alamat Syarikat : No. 2064, Jalan Permata 9, Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Alamat Ladang Ternakan : Dusun Tua, Lot 732, Kampung Paya Seberang,
43100 Hulu Langat, Selangor.
Emel : ams_majuagro@yahoo.com

Latar Belakang Pengusaha

Nama : Asmadi Bin Husain
No. Kad Pengenalan : 800517-06-5233
Alamat : No. 2064 Jalan Permata 9,Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.
Tarikh Lahir : 17 Mei 1980
Umur : 29 tahun
Jantina : Lelaki
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
No.Telefon : 013-990 4225/012-381 5309

Syarikat kami ada membekal ayam kampung yang segar dan dijamin halal.selain itu juga kami ada membekal anak ayam yang berumur 1-7 hari,2 minggu dan 2-4 minggu.Konsep perniagaan pengusaha adalah menternak ayam kampung hidup dan menjual hasil ternakan ayam yang berkualiti dan bermutu tinggi. Ini akan dilakukan dengan amalan pengurusan ternakan yang baik serta cekap disamping penjagaan kesihatan dari sebarang penyakit terhadap ternakan ayam. Selain itu, pengusaha juga akan mengeluarkan ayam kampung hidup dan siap proses bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih dan terkawal.

AMS Maju Agro merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh BUMIPUTERA. Ia beroperasi sebagai pemangkin kegawatan ekonomi di sektor penternakan khususnya bagi kawasan Hulu Langat. Tambahan pula lokasi perniagaan yang strategik dapat menjadi daya penggerak pembangunan ekonomi di sekitar kawasan tersebut. Hasrat ini boleh dicapai dengan penyertaan pihak kerajaan kerana mereka mempunyai modal dan sistem yang sistematik.Adalah dijangkakan bahawa Cadangan Projek Ternakan ayam kampung ini amat berdaya maju dan dapat memberi pulangan yang menguntungkan maju memandangkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap daging ayam yang segar dan berkualiti pada masa sekarang.

Pada masa sekarang pengeluaran ayam kampung dalam negara adalah terlalu rendah iaitu sekitar 10% berbanding dengan permintaan yang semakin meningkat. Oleh itu, Projek Penternakan Ayam Kampung ini juga akan dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan kuantiti pengeluaran daging ayam negara yang HALAL dan bermutu tinggi.Projek ternakan ayam kampung ini juga akan memerlukan pekerja di kawasan ladang ternakan. Oleh itu, ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada beberapa orang penduduk setempat yang akan diambil bekerja di dalam memajukan Projek Ternakan ayam kampung ini.Dengan mengamalkan Penternakan secara tradisional dan moden, saya percaya Ladang Ternakan Ayam Kampung ini mampu menghasilkan produk hasil ternakan ayam kampung yang HALAL dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Hab Halal Makanan Sedunia.


Hasil daripada penelitian yang matang, maka saya berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang. Sejajar dengan galakan kerajaan bagi memajukan sektor pertanian dan penternakan bagi menjamin kestabilan ekonomi masyarakat dan Negara. Di harap kemudahan kewangan yang bakal diterima ini akan dapat membantu bagi melicinkan operasi perniagaan di dalam membina empayar perniagaan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat global. Akhirnya, saya menyakini bahawa Ladang Ternakan ayam kampung ini mampu bergerak dengan lebih jauh ke hadapan seiring dengan beberapa penternak lain yang telah berjaya.

1 ulasan: